Saturday 26 August 2017

Lalu

Aku cuma mahu katakan.

Atas perkara dan peristiwa lalu, ia telah memberi kesan kepada jiwaku.
Suatu memori bukan pada kognitif tapi pada emosi.

Walau kini terisi, namun kontangnya kadang terasa.
Semakin perlu kerap dibaja.

Musim hati juga bagai kurang malar dan sukar dijangka.
Namun yang pasti kemarau pada kebanyakan masa.

Hujan ada, secukupnya sahaja.
Semakin sukar membina reservoir sukma.

Tapi inilah sekarang.
Aku pasti ia akan berlalu.
Sebagaimana kenangan bersamamu.
Yang aku pernah sangkakan immortal...

Wednesday 8 March 2017

#NakMarah

Senang begini lah.

Kalau rasa memang dah tak boleh dipercayai, tak perlu percaya lagi.
Kalau rasa tak berguna dan asyik diketepikan, duduk tepi lah terus.

Aku ni...
Bukan tak tahu tau.
Aku tahu.

Tapi aku ni...
Malas nak cakap banyak kali.
Sebab usia.
Sebab dah tua.

Dan aku ni...
Kalau dah orang tak nak dengar.
Tak nak percaya.
Asyik mengungkit.
Selalu mempersoalkan.
Senang..!

Tak perlu sakitkan hati sendiri.
Tak perlu tekan perasaan orang lain.
Buat hal masing-masing.

Daripada elok kita bersangka baik.
Elok kita tak syak wasangka.
Jadi kita pula rasa tak suka.

Sakit hati.
Serius, aku sakit hati.

Thursday 15 December 2016

Aleppo

Andai di bentang peta depan mata, jujur aku tak tahu nak tunjuk Aleppo tu di mana. Aku cuma tahu di Syria. Syria tu pun aku tak pasti duduk benua mana.

Eropah?
Asia Barat?
Afrika?

Yang pasti, bukannya di Amerika. Itu aku cukup pasti...

2 ke 3 hari kebelakangan ni, aku baca dalam internet banyak sangat berita pasal Aleppo.
Aku tahu, kawasan tu dalam situasi peperangan. Cuma betapa teruknya memang aku tak pasti. Dan sedikit dalam hati aku tak nak percaya daripada apa yang aku baca.

Fakta yang dilambakkan kerap bercanggah.
Orang Asia kata begini.
Media Barat kata begitu.
Rusia cakap macam ni.
Syria pula kata begitu.

Serius konfius!

Mujurlah siang tadi ada rakan sekerja cerita, sikit. Sikittt aje pun.
Katanya Aleppo ni terbahagi antara barat dan timur.
Barat Aleppo adalah kawasan diktator keji Basyar Al-Assad.
Timur Aleppo adalah kawasan Muslim Sunni, yang dek kerana penentangan terhadap mereka oleh puak Syiah menyebabkan mereka bertindak balas. Terus dilabel puak pelampau.

Dan sekarang yang hangatnya, timur Aleppo telah ditawan oleh tentera Basyar dan bersedia menanti kemusnahan. Kejayaan tawanan ini katanya dibantu Rusia yang bertindak melabel timur Aleppo dikuasai oleh ISIS.

Hurm...
Perang di Syria ni aku rasa kalau orang bukan Islam, yang tak kenal dan tahu salah silah pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah.... akan menjadi sangat mengelirukan!

Perang dalam agama yang sama. Syahadah yang serupa.
Memang secara luarannya tak ada beza!

Berbeza kalau di banding masalah Israel- Palestin. Nampak nyata beza pegangan agama dan kepercayaan.
Penghapusan etnik Rohingya di Myanmar. Ketara isu keagamaan dan keturunan bangsa.

Terang aku katakan, mereka yang tidak mengaku 4 orang khalifah selepas kewafatan Rasulullah adalah musuh. Ini pendirian aku.

Juga, berselisih dan berbunuhan dalam agama yang sama juga adalah sangat mendukacitakan.

Susah tau nak menjaga imej agama kalau imej pukul rata yang dipamerkan adalah bersikap penting diri, menindas sesama sendiri dan berbalah sehingga berbunuhan!

Astaghfirullah...

Aku doakan, yang kejam mendapat pembalasan Allah cash dalam dunia ni.
Aku juga doakan, agar yang menyimpang itu kembali bertemu hidayah Allah dan kembali ke pangkal jalan.

Aku tak suka perang.
Lebih-lebih lagi perang saudara.

Its tiring...

Monday 30 March 2015

Kena Sepit

Aku ni tersepit. Dalam hal meluahkan pendapat dalam kalangan mereka yang terdekat. 

Yang kena patuh kata tak menjadi masalah.
Yang bertanya pendapat pula lepas tanya diam macam tak ada tindak balas.

Dah aku yang dekat tengah ini bagaimana?

Nak dibetah nanti takut fikiran yang satu pihak ni merusuh. Sudahnya jadi bermasam muka. Susah akhirnya nanti!
Kalau diberitahu apa yang aku rasa sebenarnya nanti karang dah semua berpaling tak reti nak buat keputusan. Ada juga nanti lari dan ditinggal benda yang dah separuh jalan.

Aku diam karang dipaksa-paksa beri pendapat.
Dah nak aku buat macam mana?

Kena berpelan-pelan bercakap.
Bersusun kata nak menyampai maksud.
Sebolehnya biarlah tidak berat sebelah. Semahunya membawa kesudahan keputusan di tangan anda. Saya tidak mahu kena mengena dengan ini drama.

Tapi masalahnya TAK BOLEH..!!

Adoilah, adoilah, adoilah...

Kali ini aku betul-betul merasa situasi:
Bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Macam mustahil kan?
*picit kepala sendiri*

Monday 16 March 2015

Cerita entry pertama.

Aku pernah ada blog. Namun macam biasa, separuh jalan aku abaikan lantas menjadi usang dan lusuh.
Selama ni aku selalu bertanya sendiri, kualiti content yang bagaiman perlu aku muatkan dalam blog?
Pencarian berterusna sehinggalah akhir-akhir ini aku merasakan;

1. Aku dah kurang sesuai menulis status dalam FB. Terlalu banyak unsur provokasi yang aku sendiri kurang gemar. Perkongsiannnya juga entah boleh percaya atau tidak. Maka aku putuskan untuk sekadar memerhati.
2. Aku sudah semakin tua. Singkatan kata yang terlampau singkat dan susah untuk dibunyikan kadang menjelekkan mata aku memandang. Dalam kepala asyik nak kena betulkan ejaan dan nahu.
3. Faktor sayangkan bahasa. Sila rujuk alasan yang kedua. Penjelasannya di situ, walaupun isi pokok adalah berkenaan usia. Entah, bercampur idea jadinya.

Maka blog ini memang untuk luahan yang keras, tajam dan bias terhadap pendapat aku sendiri. Mudah mengutuk kalau semuanya serba rahsia dan tidak diketahui. Bukan semua cerita dalam kain pun aku nak cerita. Cuma apa yang aku rasa perlu dikongsi.

Tak semesti semuanya negatif. Nilai-nilai murni juga ada.

Sekian.
Aku banyak perkara lain yang perlu dilakukan.