Monday, 30 March 2015

Kena Sepit

Aku ni tersepit. Dalam hal meluahkan pendapat dalam kalangan mereka yang terdekat. 

Yang kena patuh kata tak menjadi masalah.
Yang bertanya pendapat pula lepas tanya diam macam tak ada tindak balas.

Dah aku yang dekat tengah ini bagaimana?

Nak dibetah nanti takut fikiran yang satu pihak ni merusuh. Sudahnya jadi bermasam muka. Susah akhirnya nanti!
Kalau diberitahu apa yang aku rasa sebenarnya nanti karang dah semua berpaling tak reti nak buat keputusan. Ada juga nanti lari dan ditinggal benda yang dah separuh jalan.

Aku diam karang dipaksa-paksa beri pendapat.
Dah nak aku buat macam mana?

Kena berpelan-pelan bercakap.
Bersusun kata nak menyampai maksud.
Sebolehnya biarlah tidak berat sebelah. Semahunya membawa kesudahan keputusan di tangan anda. Saya tidak mahu kena mengena dengan ini drama.

Tapi masalahnya TAK BOLEH..!!

Adoilah, adoilah, adoilah...

Kali ini aku betul-betul merasa situasi:
Bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Macam mustahil kan?
*picit kepala sendiri*

Monday, 16 March 2015

Cerita entry pertama.

Aku pernah ada blog. Namun macam biasa, separuh jalan aku abaikan lantas menjadi usang dan lusuh.
Selama ni aku selalu bertanya sendiri, kualiti content yang bagaiman perlu aku muatkan dalam blog?
Pencarian berterusna sehinggalah akhir-akhir ini aku merasakan;

1. Aku dah kurang sesuai menulis status dalam FB. Terlalu banyak unsur provokasi yang aku sendiri kurang gemar. Perkongsiannnya juga entah boleh percaya atau tidak. Maka aku putuskan untuk sekadar memerhati.
2. Aku sudah semakin tua. Singkatan kata yang terlampau singkat dan susah untuk dibunyikan kadang menjelekkan mata aku memandang. Dalam kepala asyik nak kena betulkan ejaan dan nahu.
3. Faktor sayangkan bahasa. Sila rujuk alasan yang kedua. Penjelasannya di situ, walaupun isi pokok adalah berkenaan usia. Entah, bercampur idea jadinya.

Maka blog ini memang untuk luahan yang keras, tajam dan bias terhadap pendapat aku sendiri. Mudah mengutuk kalau semuanya serba rahsia dan tidak diketahui. Bukan semua cerita dalam kain pun aku nak cerita. Cuma apa yang aku rasa perlu dikongsi.

Tak semesti semuanya negatif. Nilai-nilai murni juga ada.

Sekian.
Aku banyak perkara lain yang perlu dilakukan.